Memasuki perlawanan terakhir, 1,031 gol telah dicatat gol di 370 pertandingan, sebahagian kecil di bawah tiga gol satu perlawanan. Itu bererti 30 gol harus dijaringkan bagi mencatat rekod jaringan Liga Premier yang terbaru.
Dalam perlawanan menuju tiupan wisel terakhir, 29 gol telah dijaringkan dan hanya 1 gol untuk menyamai rekod terdahulu.
Bak kata orang bola itu bulat, apa-apa pun boleh terjadi. Dan tidak mengejutkan melihat 3 gol berjaya dijaringkan diminit masa tambahan.
Somen Tchoyi berjaya menanduk masuk gol penyamaan untuk membantu mengikat Newcastle United 3-3 dan Crisitan Riveros menambah jaringan untuk memastikan kemenangan 3-0 Sunderland keatas West Ham United.
Jaringan kemenangan Roman Pavlyuchenko lewat masa perlawanan di White Hart Lane sekali gus menolak Birmingham City ke dalam zon penyingkiran.
Jumlah catatan 1,063 jaringan sepanjang musim perlawanan mencatat purata 2.8 gol bagi setiap perlawanan. Pengiraan itu 10 kali lebih tinggi daripada kempen 2009/10 sebelum ini mencatat skor kedua tertinggi.
Semua 10 perlawanan menghasilkan sekurang-kurangnya satu gol dengan 15 daripada 20 pasukan berjaya menghasilkan gol.
Antara perlawanan mencatat jaringan besar:
- Chelsea menang 6-0 keatas West Bromwich Albion dan Wigan Athletic pada awal musim
- Manchester United mencatat 7 gol semasa mengatasi Blackburn Rovers di Old Trafford.
- Newcastle United bangkit dari ketinggalan 4-0 untuk seri keatas Arsenal 4-4.
No comments:
Post a Comment