Saturday 14 January 2012

Kesian Betol!!!

da smnggu aq smbg blaja balik.. nk jadikan cerita... aq da xdpt nk update blog nie kerap sngt.. maklumla.. laptop rosak lps tuu tenet xde kat hostel... nie pom snggah CC jap nie.. aq kalo buka FB ntah ape y ada kat FB tu... aq mcm blurrr semacam je... xtaw ape y terjadi.. maklum la.. buka da jarang2 skali...

aq rase frust jgk la... aq bru semangt nk berblog nie... alih2 xdpt nk update... nie pom nk upload gmbr pom mls.. nati la kalo ada mase aq upload je skali gus.. sng crite... nie aq mls nk taip pnjg2... aq pon ngntok berjalan dari pagi smpai ptg... tggu je la aq upload bile ada mase photos tuu... nati aq citer balik.. cau!!

Saturday 31 December 2011


selamat tahun baru 2012!!! post pertama utk tahun baru... menutup tahun 2011 aq menutup dengan stress... hahaha... banyak kenangan pahit manis 2011 telah dilalui.. dapat menamatkan pengajian dan memperoleh diploma.. berpisah dengan member2 mase blaja dlu... malas la nk citer pasal 2011... ari nie bukak buku baru utk tahun 2012...

kalo start taun baru mesti nk ada azam... azam??? hmm... tahun lepas aq xde azam sbb da mls nk berazam sbb da taw xkn dpt tunai azam tuu.. tp tahun 2012 nie aq nk buat azam aq nk blaja n berjaya dalam ape2 jua bidang aq buat.. aq nk blaja sngguh2 nk ttp mulut org y dok kutuk2 aq slama nie..

mggu depan aq nk daftar UNIKL nk smbg degree lak.. aq jeles ngn member aq nie... sbb die dpt pointer tggi sem 1 degree die... aq pon nk dpt tggi jgk la... tu aq nk blaja sngguh2... ape2 pon harap tahun 2012 mmberi kebahagian kepada diri aq nie... dan penuh dgn kejayaan... Insyaallah!!!

Tuesday 27 December 2011

KEMPUANAN TAK DAPAT KE STADIUM

selepas aq g tgk bola kelantan lawan t-team ari tuu, hajat di hati nie nk layan persebaya fc plak kat stadium tuu... tp apa kan daya.. aq kene tahan kat wad pada hari isnin 19hb.. akibat sakit xtertahan yang dtg tiba2 jew... dugaan ALLAH nk bagi aq sakit.. nk wat camner kan... redha je la.. maybe ada sbb ALLAH bg aq sakit...

aq dok xlame pom kat hospital tu.. 2 hari jew.. tp aq dpt mc 2mggu.. sbb aq kena bedah mmg sakit gile la bile bius hlg.. pedih luka bedah tuu... hahaha... nk update blog pom xde mood sbb sakit nie.. nie  da ok sket nie dpt update blog.. nie pom da dpt jalan2..

oleh sebab xdpt nk jalan sgt byk keje aq trtangguh... hajat nk settle kan sume semalam tp xmpat igt nk wat hari nie aq pon rase2 mcm xsmpat jgk.. nie la bile da dpt kuar.. xigt da nk settle keje... hahaha.. siap update blog ag...

Saturday 17 December 2011

Kelantan VS T-Team (friendly 10.12.2012)

selepas beberapa perlawan persahabatan di luar kelantan pada 10hb bru nie friendly diadakan di Stadium Muhammad IV (SMIV) menyaksikan kelantan melawan t-team. aq da bersemangat nk tgk sbb da lame xtgk bola kat klate nie.. dlu nk tgk xleh sbb aq dok kat negeri sembilan.. nie bile da balik kg nie mmg sangap nk tgk bola la.. asyik layan Barclays Premier League (BPL) je... naik muak jgk..

demi nk tgk kelate aq habiskan rm10 utk tgk.. mmg bkn aq sorg je mgharap nk tgk bola nie.. mase aq smpai pukul 8 kat stadium tuu ada lagi peminat dok bratur nk beli tiket nk tgk team kesayangan mereka... smpai penuh stadium malam tu.. aq igt friendly xde la org nk tgk tp penuh satu stadium dengan warna merah...

hujan x hujan xkira da mmg dtg nk tgk kelate main je.. tp nasib baik la mlm tu hujan renyai2 je xlebat sgt.. xsmpat basah pakaian.. puas hati la sbb dpt tgk kelantan mng 2-0 dgn t-team.. dapat tgk ramai player baru main.. walaupun bahagian depan tu kurang sefahaman antara player harap2 friendly nie leh mmperbaiki lagi keserasian pemain2 untuk mengekalkan kejuaraan liga super musim depan dan memberi saingan yang sengit di AFC... nk tgk friendly lawan persebaya fc la plop 23hb nie....

GOMO KLATE GOMO..!!!

Monday 12 December 2011

Microsoft Office ft. PC Lame

 
penyelia aq suruh aq setup balik satu pc nie.. sbb biasa la pc lame slow sket.. myb da lame xformat pc nie jadi slow cam siput lerr.. pc nie pakai pentium4.. so korang leh kira la bape lame da pc nie kan..

lepas aq setup windows xp kat pc nie, aq install software wajib cam biasa la kan.. tp penyelia srh aq install microsoft office (MO) 2007 dlu sblm install microsoft office (MO) 2003.. sbb die bgtaw kalo install MO 2003 dlu bile install MO 2007 atau latest MO 2003 tu jd hlg sbb di update jadi 2007 atau latest...

aq pom menurut perintah la install MO 2007 dlu.. biasa la pekerja yg baik kan.. da 2 3 kali aq try install asyik fail jew.. sbb nye enterpriseWW ntah ape ntah xleh nk locate dlm dvd tu.. aq try cari solution kat website.. mmg xde y dapat tolong.. bazir mase aq jew... pas2 aq try install MO 2010 plak.. mmg xpenah nk complete install.. fail je.. aq da fedup ngn 2007 n 2010 nie.. lebih 10 kali aq rase dok try install tp xleh... msuk cucuk, masuk cucuk xjadi jgk...

mls nk pening kepala install je la 2003 trus.. xpyh nk jadi baik menurut perintah sgt la.. trus jadi elok2 jew.. xsmpai 30mnt da siap.. boleh pakai... aq smpai siap install anti virus lagi.. pengajaran nya kalo smpai 3 kali xleh nk install tuu cukup2 la mncuba... PC lame lebih sesuai software lame kadang2...

Wednesday 7 December 2011

Mangga Top 50!!!


Oricon telah melancarkan satu ranking penjualan manga paling banyak tahun 2011, sekali lagi mendedahkan didominasi oleh Shonen Jump - melebihi separuh daripada top 20 disandang oleh Shonen Jump, dan penjualan One Piece lebih baik baik daripada sebahagian top 10 jika digabungkan.
Ranking: Covering November 2010 to November 2011:
1. One Piece [37,996,373]
2. Naruto [6,874,840]
3. Ao no Exorcist [5,223,712]
4. Fairy Tail [4,701,596]
5. Toriko [4,665,634]
6. Gintama [4,415,491]
7. Bakuman [4,399,938]
8. Bleach [4,187,258]
9. Kimi no Todoke [4,109,481]
10. Gantz [4,056,981]
11. Shingeki no Kyojin [3,766,194]
12. Sket Dance [3,157,012]
13. Hunter×Hunter [2,922,876]
14. Nurarihyon no Mago [2,853,552]
15. Beelzebub [2,607,474]
16. Saint Oniisan [2,597,768]
17. Kateikyoushi Hitman Reborn [2,550,542]
18. Giant Killing [2,464,282]
19. Meitantei Conan [2,120,091]
20. Deadman Wonderland [1,853,198]
21. Fullmetal Alchemist [1,848,586]
22. Uchuu Kyoudai [1,800,132]
23. Ahiru no Sora [1,739,105]
24. Kuroko’s Basketball [1,712,983]
25. Ace of Diamond [1,711,607]
26. Chihayafuru [1,667,296]
27. March Comes in Like a Lion [1,640,891]
28. The World God Only Knows [1,494,817]
29. Hayate no Gotoku [1,481,743]
30. Kuroshitsuji [1,426,621]
31. Arakawa Under The Bridge [1,363,850]
32. Kyou, Koi wo Hajimemasu [1,310,002]
33. D.Gray-man [1,296,975]
34. Kekkaishi [1,281,128]
35. Suki Desu Suzuki-kun!! [1,264,317]
36. Soul Eater [1,264,217]
37. Natsume Yuujinchou [1,234,679]
38. Nodame Cantabile [1,111,747]
39. Medaka Box [1,111,444]
40. Mahou Sensei Negima! [1,103,573]
41. Ookiku Furikabutte [1,097,910]
42. Switch Girl!! [1,095,914]
43. To Love-Ru Darkness [1,067,988]
44. Hajime no Ippo [1,054,421]
45. Usagi Drop [1,042,526]
46. Shin Prince of Tennis [1,024,406]
47. Real [1,020,367]
48. Thermae Romae [1,006,323]
49. Nichijou [1,005,300]
50. Sukitte Ii Na Yo [960,150]

DIET: Mengikut Jenis Darah!!!

LUMRAH bagi seorang manusia, golongan wanita khususnya membimbangi setiap peralihan jarum penimbang berat badan. Ditambahkan pula jika jarum penimbang berbeza dua atau tiga garis ke kanan, pasti hati tidak keruan dengan niat dipasang untuk berdiet. Pelbagai ubat-ubatan menguruskan badan bagi mengembalikan bentuk badan ideal berlambakan di pasaran.

Rakan-rakan pula bertindak sebagai penasihat pemakanan persis pakar pemakanan dengan mengesyorkan jenama-jenama tertentu yang dikatakan dapat memberikan kesan yang diingini. Tidak kurang juga pengalaman-pengalaman mereka yang berjaya mengurangkan berat badan melalui pengambilan ubat-ubatan tertentu.

Segala nasihat diikuti, tetapi malangnya jarum penimbang tidak juga beralih ke kiri. Anda mula mempersoalkan keberkesanan dan kebenaran nasihat rakan-rakan anda. Mengapa Si A berjaya mengurangkan berat badannya tetapi tidak anda walhal segala peraturan dan ketetapannya dipatuhi? Mungkin apa yang kurang adalah anda tidak mengetahui makanan apakah yang bersesuaian dengan jenis darah anda.

Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D´Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.

Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki. Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain.

Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit. Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh.

Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan O.

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’


Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’


Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’


Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’


Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.

Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.

Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.

kredit to : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia